Image Banner

TANYA SIKIT MAK AYAH... ANAK ANDA ADA DI MANA SEKARANG?

Tanya sikit mak ayah... ANAK ANDA ADA DI MANA SEKARANG?
 
Tengah berkejaran kumpul duit raya kat luar rumah? Main basikal tengah panas terik?
 
Tolong panggil mereka masuk SEKARANG
 
Negara kita sedang dilanda gelombang haba, dan kita pernah digemparkan dengan tragedi menyayat hati, Kanak-kanak meninggal dunia akibat STROK HABA (Heatstroke) ketika beraya di luar rumah dari pagi ke petang.
Ini bukan cerita rekaan. Ini sejarah hitam yang kita tak mahu berulang
.
Kenapa Kanak-Kanak Paling Berisiko?
 
Budak-budak bila dah seronok beraya dan bermain bersama sepupu, mereka TAKKAN sedar isyarat bahaya badan sendiri. Haus, pening, atau lesu mereka akan 'langgar' dan terus bermain seolah-olah tiada apa yang berlaku.
 
Sistem regulasi peluh mereka juga belum matang, menyebabkan badan mereka memanas 3 hingga 5 kali ganda LEBIH CEPAT dari orang dewasa.
 
🚨 PANTAU TANDA AWAL STROK HABA
 
Jangan tunggu sampai anak rebah pengsan atau sawan baru nak panik! Segera bawa anak berteduh dan ke hospital jika ada tanda ini
 
❌ Kulit jadi sangat kering, kemerahan, dan panas (Tapi TAK BERPELUH!)
❌ Mengadu sakit kepala berdenyut atau pening.
❌ Mula muntah-muntah.
❌ Nampak keliru, bercakap merapu, atau tiba-tiba terlalu diam/lesu.
.
🛡️ TINDAKAN PENCEGAHAN IBU BAPA
 
1. 'Kuarantin' Matahari
JANGAN benarkan anak main di luar antara jam 11:00 PAGI hingga 4:00 PETANG. Ini waktu radiasi UV dan haba paling puncak
 
2. Paksa Minum Air
Jangan tunggu mereka minta. Beri air kosong secara kerap. Kurangkan air manis/bergas raya yang boleh burukkan dehidrasi.
 
3. Sentuhan Fizikal
Sekali-sekala panggil anak, pegang dahi dan leher mereka. Tengok muka mereka. Kalau dah merah padam, arahkan mereka mandi dan rehat
 
Hari raya memang waktu untuk bergembira, tetapi cuaca panas melampau sekarang adalah 'pembunuh senyap'. Sedikit kelalaian boleh merampas nyawa anak yang kita sayang.
 
Tolong SHARE amaran kecemasan ini di semua group WhatsApp keluarga. Pesan pada mak ayah, atuk nenek yang sedang pantau cucu di kampung
 

 

LAGI

UNTUK SIARAN SEGERA

UNTUK SIARAN SEGERA
 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
 
KENYATAAN MEDIA
 
INSTITUSI PENDIDIKAN KPM DIMINTA TINGKATKAN PERSEDIAAN DAN LAKSANAKAN LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI CUACA PANAS
 
Semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal 1.
 
Institusi pendidikan KPM diminta untuk memastikan langkah-langkah berikut terlaksana:
 
i. Menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah celsius;
 
ii. memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;
 
iii. memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri;
 
iv. menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;
 
v. membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan
 
vi. sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
 
Semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.
 
Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota Kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.
 
TAMAT
 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
25 MAC 2026

 

LAGI


TAJAAN SLOT BERBUKA PUASA, MOREH & SAHUR RAMADHAN 1446H / 2025M

Assalamualaikum w.b.t.
 
Pihak Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) dengan sukacitanya membuka peluang kepada tuan/puan yang ingin berkongsi rezeki melalui tajaan Berbuka Puasa, Moreh dan Sahur sepanjang bulan Ramadan ini.
Tajaan Slot Berbuka Puasa, Moreh & Sahur
 
✅ 1 Slot: RM50
✅ 1 Hari: 10 Slot
✅ Jumlah Sehari: RM 500
✅ Jumlah Keseluruhan (16 hari berbuka ) RM8,000
 
Cara Menyumbang
📌 Tempahan slot – Sila hubungi:
📞 Bendahari SRIA, En Azmi Sulaiman (013-412 9570)
📞 Pejabat SRIA (04-866 3971)
 
📌 Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
🏦 Nama Akaun: SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANSAR
🏦 Bank:CIMB
🏦 No. Akaun: 8601018392
🏦 Rujukan:Slot Tajaan Ramadan
 
📌 Bayaran tunai blh dibuat terus kpd Bendahari atau Pejabat SRIA
📌 Resit akan dikeluarkan selepas pembayaran atau dgn bukti transaksi jika bayaran dilakukan secara dalam talian.
Semoga sumbangan yg diberikan diterima dan mendapat ganjaran drp Allah SWT
LAGI


PENDAFTARAN SESI 2025 / 2026 DI BUKA SEKARANG

Pendaftaran Pelajar baru di Sekolah Rendah Islam Al-Ansar, Balik Pulau, sesi 2024 / 2025 telah di buka

Untuk pendaftaran boleh isi di link : https://tinyurl.com/SRIApendaftaranpelajarbaru
Website Rasmi Sekolah : https://www.sriabalikpulau.edu.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Pejabat 04-866 3971
Ustazah Asiah 011-1312 0723


Terbuka kpd Semua Pelajar Tahun 1 - 6 sesi 2024 / 2025

Dan Khususnya kepada Tahun 1 2024 / 2025

Asrama juga di sediakan

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner